Searching...
Sabtu, 11 Mei 2013

Keburukan Marah

10.02

Posting ini, saya buat tidak cuma buat sobat semua, tapi juga buat diri saya sendiri, jadi kalau suatu saat saya ingin marah, saya akan baca apa yang saya tulis ini, hehe :D
Bismillahirrahmaanirrahiim.
La Taghdhob. Janganlah marah. Tak manis bila begitu.
Jangan Marah.
Adakah manusia yang tidak pernah marah dizaman kita ini? Kabarin ke saya dong. Saya ingin bertemu dengannya. Saya yakin, manusia mempunyai sifat amarah. Dan saya yakin pasti, sobat juga pernah marah. Pernah tidak apa. Marah itu ada keburukannya.
Masih ingat sabda Nabi?
Jangan Marah
Pernah diriwayatkan seorang lelaki meminta nasihat kepada Rasulullah SAW. Dan nasihat yang diberikan oleh Baginda adalah ‘Jangan Marah’. Dan Baginda menyebutnya sebanyak 3 kali. Maka, anjuran untuk menahan perasaan marah itu sangat dituntut dalam Islam.
Rakan saya pernah tanya pada saya.
“Jadi, kalau orang kafir pijak-pijak orang Islam, kita tak payah marahlah, ya. Macam tu?”
Senyum.
Marah itu boleh. Tapi biar berpada. Kelak akan merosakkan akal yang sihat.
Keburukan Marah
Apabila manusia marah, jarang sekali manusia marah dan dapat berfikir dengan waras. Sebabnya, marah itu ibarat arak yang boleh mengurangkan kewarasan akal. Cuba perhatikan, apabila seseorang marah, pasti apa yang dia lakukan dalam keadaan marah itu tidak menentu dan seolah-olah dia melakukan sesuatu dengan pertimbangan akal yang tiada.
Nampaknya, marah mendahului akal dalam bertindak.
Dalam keadaan yang marah, perkara kecil boleh menjadi besar. Perkara yang baik boleh menjadi buruk. Perkara yang buruk bertambah menjadi buruk. Nah, bagi saya ini sesuatu yang tidak baik. Sangat buruk sebenarnya.
Apabila seseorang itu marah, maka syaitan akan menyucuk jarum hasutan. Sungguh senang untuk syaitan menjalankan misi mereka agar anak Adam mudah tewas dengan yang bakal mereka lakukan diluar kawalan akal yang baik.
Saya pernah marah terhadap orang yang menyayangi saya, dan dia bilang ke saya, "setelah kita kayak gini kamu maksa aku buat bikin air mata :'( " , saya merasa bersalah, sangat merasa panik, tidak terpikir sebelumnya, karena kalau kehilangan dia, saya gak bakal bisa bahagia, sungguh sebuah kesalahan fatal.
Dalam keadaan yang tidak waras itu juga, tidak mustahil kerana kemarahan yang tidak terkawal.. Akan terputusnya hubungan silaturrahim sesama manusia. Dan ini memang pernah berlaku depan mata saya sendiri. Dalam hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan dan apa-apa saja hubungan didalam dunia ini.
Seronokkah rasa marah ini? Tidak.
Bahkan mendatangkan kerugian kepada diri sendiri.
Saya menulis mengenai amarah yang tidak terkawal di sini. Jadi, skopnya adalah dalam perasaan marah yang tidak terkawal.
Cepat marah juga menampakkan anda seorang yang tidak sabar.
Hindari dan Kurangkan Marah
Kalau kita dalam keadaan marah atau hati tengah panas, cuba anda semua jauhi perkara atau pun orang yang membuatkan anda marah. Itu akan memberikan anda ruang untuk menstabilkan keadaan anda dan membuatkan anda ‘cool’. Sebaiknya anda pergi ke suatu tempat yang tiada orang dan berzikirlah pada masa itu.
Bersesuaian dengan Sabda Baginda,
“Apabila kamu marah, maka jauhilah orang yang kamu marahi. Berubahlah dari tempat kamu berdiri ketika marah. Jika kamu marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika kamu marah semasa duduk, maka berdirilah”
Anda pernah cuba? Saya pernah. Alhamdulillah berkesan.
Ada juga diantara rakan-rakan saya yang tidur apabila marah. Dan apabila bangun dari tidur, perasaan mereka lebih lega dan dapat memberikan kemaafan.
Seseorang pernah membacakan saya hadis ini,
“Marah itu adalah daripada syaitan. Syaitan itu pula dari api. Api hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka bila kamu marah, pergilah berwuduk” – HR. Imam Ahmad
Saranan Nabi seperti di atas pernah juga saya lakukan. Dan MasyaALLAH, memang berkesan.
ALLAH bekalkan manusia dengan macam-macam perasaan. Antaranya marah. Dan ALLAh juga memberikan penyelesaian terhadap orang-orang yang sedang marah melalui lisan Nabi SAW.
Subhanallah.
Apabila marah, hati tidak tenang. Akuilah.
Marah itu penyakit jiwa. Makanya, Jangan Marah.
Semoga ALLAH merahmati.
Alhamdulillah

0 komentar:

Posting Komentar

blog lain

Artikel lainnya :